‎"Modal aku hanya berani bermimpi, lalu berusaha, bekerja keras & menggenapkan dgn doa. Man jadda wajada,... siapa yg bersungguh-sungguh akan berhasil."



Saturday, September 22, 2012

salah?

hati mahu menangis,

resam,

jiwa terlalu lemah untuk berdendam.

aku diam,

bibir aku menjuek masam,

tak perlu dibukalah,

kalau sekadar untuk menjawab persoalan.


tangan sudah lama mengigil keras,

nyata minda mahukan alas,

inspirasi menjadi teras?

bukan, hanya diri sudah berasa malas..


tutup mulutmu wahai sayang,

apa kau mahu mereka datang?

walau dengan pen sebatang,

bukan dengan hulubalang penghunus parang!


cerita kita cukup untuk kita,

apa yang aku hebah,

tak sama dengan apa yang kau serah!

sudah lah jangan simpan lagi amarah,

kerana aku tahu aku yang salah....