‎"Modal aku hanya berani bermimpi, lalu berusaha, bekerja keras & menggenapkan dgn doa. Man jadda wajada,... siapa yg bersungguh-sungguh akan berhasil."



Sunday, October 14, 2012

berakhir satu naskhah..bermula satu lagi cerita...


Alhamdullilah..tamat sudah FTM 2012....permulaan pentas performing arts UTHM yang berliku akhirnya tamat di pentas kebangsaan...pentas teater terbesar malaysia!....

tahniah aku ucapkan pada group AKRAB....JUara FTM 2012....dan UITM pahang dan BAKAWALEE penang....

dan group2 lain.... MTS dan UMS..

bila balik dari KL lepas seminggu berkampung disana..pelbagai soalan diaju pada aku...(mungkin sama dengan ahli produksi lain) menang ke kalah bro?

jawapan aku mudah....kami kalah pertandingan tapi kami menang yang lain...kami menang pengalaman, kami menang ilmu...insyallah...aku cuba terapkan apa yang aku dapat sepanjang masa aku bersama janin sejak FEB lalu untuk masa hadapan...

pada aku, kami dah menjadi Juara negeri Johor, lepas ke saringan dan menjadi 6 terbaik dan top 3 pelakon terbaik (sir Eddy) sudah cukup untuk menjadi motivasi kami untuk meneruskan usaha dan perjuangan dalam dunia ni....kami baru setahun jagung tapi sudah berlari...

tahniah dan terima kasih pada semua production janin...

khas nya pada Bro Eddy....yang banyak berkorban dan bersabar dengan kerenah semua ahli produksi...jujur aku cakap, aku selalu rasa aku menyusahkan dia...hehe...

Bro taufik- walau emosi terganggu(hehe...gurau bang) dan banyak komitmen lain terutama keluarga...tapi tetap jujur dan ikhlas untuk support rakan lakon yang lain..salut boh!

Bro nizam - terima kasih kerana kembali semula....sangat komited orangnye.....boleh bah kalau kau!...

Bro Andika- bintang paling comel dan menyinar diantara kelima-lima korus..pada aku kau memang terbaik antara kami....(tapi takleh lawan sir kau lagi lah..haha)

Bro Eddiey - pelakon paling ceria dan paling suka menceriakan orang lain ketika semua gundah gulana....pada aku teamwork kau yang paling baik diantara semua....jujur dan ceria!...

aku suka bekerja dengan semua pelakon.... jujur aku sedih bila selepas ni kita kehilangan beberapa orang....mana nak cari macam korang kat area uthm ni...huhu....

untuk Ahli produksi lain, terima kasih pada korang...banyak kerjasama yang korang bagi....nabil, bani, aboy, mira,ain, adeng, jojie,bob,am SS, mas..dll....

kuatkan semangat....kita akan menempuh pelbagai lagi....cukup dari aku disini...tgk gambar ye....SALUT!
------------------------------------------------------------------------------------------------------












-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
dan terima kasih untuk kawan2 yang datang hadir....mr megi! thanks.....
mak abah acik ali...masih datang tgk alang..
cik sue!terima kasih support dr awal sampai akhir...
finaz...thanks also!...












Saturday, September 22, 2012

salah?

hati mahu menangis,

resam,

jiwa terlalu lemah untuk berdendam.

aku diam,

bibir aku menjuek masam,

tak perlu dibukalah,

kalau sekadar untuk menjawab persoalan.


tangan sudah lama mengigil keras,

nyata minda mahukan alas,

inspirasi menjadi teras?

bukan, hanya diri sudah berasa malas..


tutup mulutmu wahai sayang,

apa kau mahu mereka datang?

walau dengan pen sebatang,

bukan dengan hulubalang penghunus parang!


cerita kita cukup untuk kita,

apa yang aku hebah,

tak sama dengan apa yang kau serah!

sudah lah jangan simpan lagi amarah,

kerana aku tahu aku yang salah....

Friday, June 8, 2012

Jun paling mencabar

bulan Jun paling mencabar dalam sejarah hidup aku..(seingat aku la)


kenapa?

di bawah ini sebab nya...

Jadual aku untuk bulan Jun..

elektrik = khamis - 14/6/12 - 2.30-5.30pm - dewan serbaguna

math 3 = isnin - 18/6/12 - 9.00-12.00pm - dewan serbaguna
 
 mekanik mesin = rabu - 20/6/12 - 2.30-5.30pm - dewan serbaguna
 
mandarin/arab/sepanyol = jumaat - 22/6/12 - 3.00-6.00pm - BLOK G3-E BAWAH
 
PENILAIAN PRA-KEBANGSAAN MEWAKILI NEGERI JOHOR FESTIVAL TEATER MALAYSIA- Teater eksperimen JANIN.. DKA 23.06.2012 (sabtu)
agama islam = selasa - 26/6/12 - 2.30-5.30pm - dewan serbaguna
agak mencabar untuk aku hadap...tapi, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan...

tahniah pada produksi janin apabila menjuarai menifestasi teater negeri johor....

Alhamdullilah...

doakan aku....doakan kami....mencuba untuk berjaya dalam kedua2 nya....pelajaran n teater!..

insyallah...



Thursday, June 7, 2012

kelip-kelip

Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah
Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
[Chorus]
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Menyinar bagai kelip-kelip

Friday, June 1, 2012

hai!...hahaha

ok..lame tak wat entry gedik....haha..
wal hal rajin plak aku nak menulis!

ok..gambar ini bermaksud...saya suka layan budak sengal dibawah!




gambar bwah ni pulak bermaksud..budak ini mahu jadi najwa latip? jeles aku ni retis kelas bawahan ? hahaha
gambar bawah ni pulak bermaksud aku suke stail rambut gtu...haha

ok, mahu aku terus menulis...tapi si maggi dah bising ngan aku ajak g makan kat chemei..so, babai...

Tuesday, May 29, 2012

PEMENTASAN TEATER JANIN 3 - SEDIKIT SEBANYAK GAMBAR







special thanks to madam Photographer, my beloved cik siti nurul shuhada...thanks for ur support and patience all this time!!..