‎"Modal aku hanya berani bermimpi, lalu berusaha, bekerja keras & menggenapkan dgn doa. Man jadda wajada,... siapa yg bersungguh-sungguh akan berhasil."



Saturday, September 22, 2012

salah?

hati mahu menangis,

resam,

jiwa terlalu lemah untuk berdendam.

aku diam,

bibir aku menjuek masam,

tak perlu dibukalah,

kalau sekadar untuk menjawab persoalan.


tangan sudah lama mengigil keras,

nyata minda mahukan alas,

inspirasi menjadi teras?

bukan, hanya diri sudah berasa malas..


tutup mulutmu wahai sayang,

apa kau mahu mereka datang?

walau dengan pen sebatang,

bukan dengan hulubalang penghunus parang!


cerita kita cukup untuk kita,

apa yang aku hebah,

tak sama dengan apa yang kau serah!

sudah lah jangan simpan lagi amarah,

kerana aku tahu aku yang salah....

Friday, June 8, 2012

Jun paling mencabar

bulan Jun paling mencabar dalam sejarah hidup aku..(seingat aku la)


kenapa?

di bawah ini sebab nya...

Jadual aku untuk bulan Jun..

elektrik = khamis - 14/6/12 - 2.30-5.30pm - dewan serbaguna

math 3 = isnin - 18/6/12 - 9.00-12.00pm - dewan serbaguna
 
 mekanik mesin = rabu - 20/6/12 - 2.30-5.30pm - dewan serbaguna
 
mandarin/arab/sepanyol = jumaat - 22/6/12 - 3.00-6.00pm - BLOK G3-E BAWAH
 
PENILAIAN PRA-KEBANGSAAN MEWAKILI NEGERI JOHOR FESTIVAL TEATER MALAYSIA- Teater eksperimen JANIN.. DKA 23.06.2012 (sabtu)
agama islam = selasa - 26/6/12 - 2.30-5.30pm - dewan serbaguna
agak mencabar untuk aku hadap...tapi, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan...

tahniah pada produksi janin apabila menjuarai menifestasi teater negeri johor....

Alhamdullilah...

doakan aku....doakan kami....mencuba untuk berjaya dalam kedua2 nya....pelajaran n teater!..

insyallah...



Thursday, June 7, 2012

kelip-kelip

Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah
Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
[Chorus]
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Menyinar bagai kelip-kelip

Friday, June 1, 2012

hai!...hahaha

ok..lame tak wat entry gedik....haha..
wal hal rajin plak aku nak menulis!

ok..gambar ini bermaksud...saya suka layan budak sengal dibawah!




gambar bwah ni pulak bermaksud..budak ini mahu jadi najwa latip? jeles aku ni retis kelas bawahan ? hahaha
gambar bawah ni pulak bermaksud aku suke stail rambut gtu...haha

ok, mahu aku terus menulis...tapi si maggi dah bising ngan aku ajak g makan kat chemei..so, babai...

Tuesday, May 29, 2012

PEMENTASAN TEATER JANIN 3 - SEDIKIT SEBANYAK GAMBAR







special thanks to madam Photographer, my beloved cik siti nurul shuhada...thanks for ur support and patience all this time!!..



PEMENTASAN TEATER JANIN 2 = SCREENSHOT DARI LENSA PROFESIONAL!...

credit to : mr faiz rahmat

PEMENTASAN TEATER JANIN-jangan bunuh aku!

alhamdullilah...
berakhir kerja keras sekumpulan pelajar dari universiti Tun Hussein Onn Malaysia di bawah bimbingan seorang yang sangat hebat...dan pada aku, dia adalah seorang pengarah, seorang cikgu dan seorang abang yang sangat baik pada kami, para pelakon Janin....dia adalah Rusdi Abdullah!

doa aku mula dimakbulkan Allah...dan insyallah, jika kami yang terbaik, kami akan ke peringkat seterusnya..jujur..pementasan kali ini memberi kesedaran yang mendalam pada aku...sebagai seorang yang baru lagi dalam dunia teater....


janin banyak memberi kesedaran tentang kelemahan aku....terutama tentang gerakan...sangat lemah...tapi alhamdullilah... show pada 27 mei 2012 mendapat sambutan yang luar biasa dari warga UTHM....



Janin....jangan bunuh aku adalah (kalau tak silap aku) pementasan teater sebenar yang pertama kali dipentaskan di UTHM...sempena menifestasi teater Negeri Johor....

pertama kali aku bermonolog..kenangan latihan monolog akan aku simpan sebagai pengajaran....terima kasih bro Eddy!...terima kasih sgt sebab sentiasa bersabar dan dan terus mengajar aku yang sentiasa melawan ni....

alhamdullilah...doa dan hasrat aku yang pertama tercapai....aku akan melangkah lagi...

pada rakan lakon semua

bro andika
bro eydiey
bro taufik
bro nizam

pada geng musik

duke, hayat, ashraff, adeng, adikku jojie, sham, n ain..

pada abg2 teknikal

bro nabil, bro bani, bro aboy!


tahniah kawan2, aku ucapkan syabas pada kalian...korang memang hebat!

feedback kawan2, tangisan penonton, sorakan anda semua memang membakar semangat kami!





para ahli produksi Janin peringkat saringan negeri..
EDDY RUSDI : PENGARAH, PENULIS SKRIP DAN WATAK ADAM
ANDIKA SAPUTRA : WATAK ANAK DAN KORUS 5
AJIEB SUPIAN : WATAK AYAH DAN KORUS 4
TAUFIK ABU SAMAH : KORUS 3



IBRAHIM IDHAM : KORUS 2


NIZAM RAHMAN : KORUS 1



NABIL NAHAR : KETUA SINOGRAPHER




BARISAN PEMUZIK DAN PENYANYI : DUKE, HAYAT, ASHRAFF JOJIE ADENG AIN DAN SHAM








DOAKAN KAMI UNTUK TERUS MARA..AMIN!