verse 1
Selalu keluar dekat media massa,
Tak kalah para blogger dan konon nya pejuang maya,
Ramai yang tak puas hati,
Tak pernah mahu terima,
Apa yang disuap dibagi,
Apa yang nenek aku panggil SUBSIDI,
Sedangkan kaum lain cukup2 perjuangkan ini,
Makin lama makin kurang lah rezeki,
Ayuh kita lebih banyak usaha dan tingkatkan diri,
Bukan hanya mahu komplen itu dan ini…
----------------------------------
verse 2
Hoi budak sekolah,
Apa yang kau nak protes lagi hah?,
Tak payah conteng dinding sanasinilah,
Cikgu *** babi LAH,
Pukimak kau *** LAH,
Apa kau orang mahu susah,
Tugas korang bukan nya susah,
Orang suruh datang ke sekolah,
Siapa suruh kau buat masalah,
Sapa suruh dating,isap rokok main motor mak dan ayah?
main pegang2,hisap atas jilat bawah?
Of course lah cikgu displin datang bila dia tau korang buat
masalah,
Habis tu,nak dia makan gaji buta tak buat apa yang di arah,
Kami yang dewasa nak korang mentelaah,
Buka buku kimia,bio ataupun sejarah,
kami mahu kau orang jadi anak yang bertuah,
bukan saja-saja kami nak buat kau orang marah
Sebab kami tahu apa makna apa yang dipanggil HIDUP SUSAH…
---------------------------------------
verse 3
Assalamuaikum pakcik apa cerita?
Saya asyik dengar suara pakcik dari atas beranda,
Macam-macam pakcik cakap sampai abang-abang tadi lari sebab
taknak terlibat sama,
Cantik serban pakcik putih bercahaya,
Minta-minta harap mulut pakcik pun sama,
Bukan bukak mulut keluar macam-macam cerita,
Tak perlu kita cerita benda yang bukan kawalan kita
Tak payah nak buat cerita yang orang lain asyik berdosa,
Kopiah kita bukan tiket masuk syurga,
Semua orang salah,wali kah kita?
Apa salah bawak berbincang sama-sama ?,
Kita orang lain ke pakcik?
Tidak bukan,kita ni bersaudara,
Takkan pakcik lupa yang kita ni juga manusia,
Adakala berpahala ada kala penuh dosa,
Dari dok cerita tentang hal politik semasa,
Jadi ada baik pakcik
pergi kesana,
Anak-anak tu menanti nak belajar agama,
Oh ya pakcik,saya terlupa
penghulu yang pakcik kata tadi tu bapak saya..
------------------------------------------
verse 3
bila aku nak bercerita tentang bangsaKU,
jangan cakap banyaklah,ramai akan TAK setuju,
mereka akan kata,kau budak-budak apa yang kau tahu?
Kau duduk kat hostel,pergi kuliah dan baca buku,
Jangan nak sibuk hal orang2 tua dan terdahulu..
Hadoi,wei,aku cakap pendapat aku
Bukan aku kutuk dengan peluru,
Diaorang kata,
Ni,kau budak baru,
Jangan cuba rosak kan tradisi yang dibawa sejak beratus tahun
dahulu
Kalau kau nak tahu,
Budak-budak macam kau sekarang ni semuanya buruk perilaku,
Tak pernah hormat orang-orang tua
Semua asyik nak ikut kepala batu,
Kami ni pening,perangai siapa lah yang korang sapu,
Kami dulu baik tidak begitu,
Hormat orang tua,suara halus bak buluh perindu…
hei!!!!!!
Bro,aku bukan nak ajak gaduh dengan lu,
Tapi kau tak payah nak cerita sejarah dari zaman kau muda2
dahulu,
Kalau bagus sangat orang zaman itu,
Apehal berlambak cerita pelik-pelik dari keluar dekat surat
khabar nuu,
Semua yang buat celaka bukan semuanya budak-budak muda,
Ramai yang aku tengok dah dekat baya pakcik2 aku,
Eh,takpa lah,buat apa aku habiskan air liur aku,
Sebab akhirnya kau akan tetap salahkan aku..
--------------------------------------------
verse4
Bukan nak menghina,
Tapi ini yang aku terima,
Dah naik pedih aku punya telinga
Dengar orang kata macam-macam kat kita
ingat apa yang usman awang kata?
tajam-tajam keris raja,
tajam lagi pena pujangga...
gambar ni takdak kene mengena ngan post ni..aku saje2 jek bubuh...haha |