‎"Modal aku hanya berani bermimpi, lalu berusaha, bekerja keras & menggenapkan dgn doa. Man jadda wajada,... siapa yg bersungguh-sungguh akan berhasil."



Thursday, December 15, 2011

hujan


hujan
kau faham aku bukan?

tanah ini,
tak suka aku,
mahu bunuh aku.

hujan,
kau datang,
sebab kau tahu kan?

tanah ini lukakan aku,
kontang jiwa aku,
kau nak basahkan kembali bukan?

aku tahu hujan,
kau mahu mencuba.

dan bila kau sudah berhenti,
kau tinggalkan pelangi untuk aku bukan?

ambil hati untuk warnakan diri aku.

hujan,
matahari bencikan aku?
bulan?
bintang?
tanah ini terus mahu bunuh aku hujan,
kontangkan kan aku,
tolong hujan,
basahkan ia,
saat ini,
kau saja mahu rasa,
bila tak mampu aku keluarkan air mata,
kau ada,
kan hujan? kau sentiasa ada.

aku...
aku mahu pulang hujan.
disana,
tanah itu lebih mengerti.

hujan,
kau mahu berhenti ya?
terima kasih ya,

pelangi ini,
indah sekali.

hujan nanti dulu,
aku mahu pergi sekali,
tanah ini akan terus bunuh aku.
sedikit
sedikit
dan sedikit.

angin pagi pun sudah pergi,
dia hanya mahu bertiup di tanah sana.

hujan,
sungai itu,
sungai dihadapan kita mengalir deras,
bila kau tiada,
sungai itu yang sentiasa ada,

kau...kau bantu aku,
kita suburkan sungai itu,
biar penuh hidupan disitu,
selain kau,
sungai itu yang hidupkan tanah ini.
ya hujan?
sungai itu penting bagi aku

hujan,
sebelum kau pergi,
kita doa sama2.

"Ya Allah ya tuhan ku,
aku hambamu,
yang banyak berdosa padamu,
kau berikanlah keampunan pada kami,
ibu bapa ku,
abang kakak dan adik ku,
keluarga ku,
kawan-kawan aku,
yang menyayangi ku,
yang membenciku,
seluruh umat rasulMU.

kau beri kekuatan pada ku.
ketabahan untuk ku teruskan perjuangan ku,
sejahterakanlah perjuangan aku,rakan-rakanku.
jauhkan aku dari laranganMu".

amin.

hujan,
terima kasih menemaniku.
lihat,
pelangi itu,
indah sekali.

posted from Bloggeroid